Selepas tempahannya dibuka bulan lalu, hari ini secara rasmi Porsche Cayenne facelift 2024 dilancarkan di Malaysia. Cayenne pasaran tempatan ini terus diproduksi di fasiliti Sime Darby di Kulim, Kedah (yang juga merupakan fasiliti pertama Porsche di luar Jerman) dalam versi CKD, dan ia dijual pada harga bermula RM599,999
Sekali tengok, rupa luaran Cayenne facelift 2024 ini nampak seakan sama seperti versi sebelumnya. Namun sekiranya anda lihat dengan teliti, bahagian fender, bonet dan juga lampu hadapan telah direka semula bagi memberikan rupa yang nampak lebih lebar pada SUV ini.
Rekaan semula turut dibuat pada bahagian belakang di mana versi kemaskini ini dilengkapi lampu belakang tiga-dimensi baharu, pintu tailgate dengan rupa lebih ringkas, serta perumah nombor pendaftaran dialihkan ke bawah iaitu pada bahagian apron.
Model pasaran Malaysia ini datang standard dengan beberapa perincian antaranya lampu hadapan LED matrix dan juga rim aloi Cayenne Design berdiameter 20-inci.
Porsche Cayenne facelift 2024 CKD pasaran Malaysia ini hanya menerima pilihan unit rangkaian kuasa asas dengan enjin petrol v6 3.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 355 PS dan tork maksima 500 Nm. Kuasa dialirkan ke kesemua roda menerusi kotak gear lapan-kelajuan automatik dan sistem pacuan semua roda.
Antara perincian standard yang dibekalkan bagi model pasaran Malaysia ini termasuk suspensi adaptif PASM, Power Steering Plus, Park Assist untuk hadapan dan belakang bersama fungsi Surround View. Ia juga menerima ciri standard cruise control adaptif, pintu yang ditutup secara lembut dan juga pakej Sport Chrono – di mana kesemua perincian ini merupakan ciri opsyen untuk pasaran lain.
Pada sebelah dalam model facelift ini diberikan sedikit perubahan di mana tombol gear telah dialih ke bahagian papan pemuka bagi memberikan ruang storan yang lebih dan panel kawalan sistem pendingin hawa pada konsol tengah. Pemandu diberikan panel instrumen digital dengan skrin lengkung 12.6-inci, manakala sistem infotainmen pula hadir dengan skrin 12.3-inci PCM Display.
Untuk kelengkapan kabin, Cayenne facelift ini dilengkapi dengan tempat duduk hadapan comfort dengan larasan elektrik 14-hala bersama fungsi memori, sistem penghawa dingin empat-hala, serta logo Porsche yang dicetak pada perehat kepala. Ia juga menerima pelindung matahari kawalan elektrik untuk tingkap belakang, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W dan juga sistem bunyi surround dari Bose.
Untuk pelanggan yang mahukan lebih lagi, model facelift CKD ini turut ditawarkan dengan perincian lain yang boleh dipilih dari katalog Porsche Tequipment, antaranya rim aloi Cayenne Exclusive Design 21-inci dan Sport Design 22-inci, sistem infotaimen tambahan untuk penumpang belakang.
Pilihan dalam katalog Porsche Tequipment ini menampilkan pelbagai aksesori bagi aktiviti off-road dan luar bandar, antaranya khemah bumbung dan kotak bumbung berprestasi, rak letak basikal di bahagian belakang serta banyak lagi.
Tempahan untuk Porsche Cayenne facelift 2024 CKD ini (dan juga model-model Porsche yang lain) boleh dibuat menerusi platform digital jenama berkenaan. 250 pelanggan pertama yang meletakkan tempahan mereka akan menerima kunci yang datang menampilkan warna yang sama dengan warna badan SUV mereka.
Bagi pelanggan yang mahu melihat Porsche Cayenne facelift CKD ini secara lebih dekat, ia kini sedang dipamerkan di The International Gallery di Kuala Lumpur Golf & Country Club bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 7 dan 8 Oktober 2023.
The post Porsche Cayenne facelift 2024 dilancar di Malaysia – CKD Kulim, Kedah, RM600k, V6 3.0L T, 355 PS/500 Nm appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip























