
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif pada bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.
Dalam laporan Bernama menyebut, Loke berkata struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.
Jelasnya, kerajaan mahu memastikan caj cukai jalan baharu bagi EV akan kompetitif dan tidak membebankan untuk menggalakkan lebih ramai orang beralih kepada EV. “Terdapat kurang daripada 10,000 unit EV di jalan raya di seluruh negara. Bukan mudah untuk beralih daripada (kenderaan) konvensional kepada EV.

“Kami ingin menggalakkan lebih ramai orang menggunakan EV, tetapi kami memerlukan ekosistem yang sesuai untuk melaksanakannya, seperti mempunyai lebih banyak stesen pengecasan. Semua ini memerlukan masa dan usaha berterusan,” katanya.
Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk EV diumumkan pada Februari 2022, dan ia dilaksanakan sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2025. Pengecualian itu diberikan kepada EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.
Sebagai tambahan kepada pengecualian cukai jalan, EV di Malaysia juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti import dan duti eksais. Sehingga 31 Disember 2025, ia diberikan untuk model yang diimport sepenuhnya (CBU), manakala sehingga 31 Disember 2027 untuk EV pemasangan tempatan (CKD). Walau bagaimanapun, EV CBU dengan harga bawah RM100,000 tidak boleh dijual di Malaysia sehingga akhir tempoh pengecualian.
The post Struktur baharu cukai jalan EV bakal berkuatkuasa di M’sia mulai 2026 – akan didedahkan hujung tahun ini appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip