Untuk persoalan tentang sama ada Proton S70 adalah model dalam segmen B atau C, ada baiknya kita tahu apa jawapan rasmi yang diberikan oleh Proton. Tak perlu bertegang urat tentang hal ini. Menurut Eksekutif Program bagi Kejuruteraan dan Teknikal Proton, Mohd Haizam, pesaing utama S70 adalah Honda City, Toyota Vios dan Nissan Almera. Ia juga ada pesaing sekunder, iaitu Honca Civic dan Toyota Corolla.
“Untuk menakluk pasaran, saya percaya berdasarkan prestasi kereat ini, kami boleh memasuki kedua-dua segme pasaran tersebut,” jelas beliau, merujuk kepada sedan segmen B dan C. Ditanya mengapa Proton tidak menghadirkan Civic dan Corolla sebagai perbanding ketika acara taklimat bersama media tempoh hari, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah menyatakan bahawa model pesaing segmen B yang dibawakan itu memberi petunjuk kepada julat harga jualan S70, yang akan diumumkan pada 28 November nanti.
Jadi, Proton S70 dipasarkan sebagai sedan dalam segmen C, tetapi dengan tanda harga sedan segmen B. Ini juga pendekatan yang sama Proton gunakan untuk X70 — lawan CR-V, tetapi dengan harga HR-V. Sudah tentu, model Proton itu lebih kecil berbanding CR-V dan Civic — produk Proton masing-masing berada di antara dua segmen yang dinyatakan itu. Maka, jurujual boleh menggunakan alasan “pesaing Civic tapi pada harga City” untuk S70 nanti.
Sekadar makluman, S70 menggunakan asas dari sedan Geely Emgrand, yang menggunakan platform BMW, platform yang sama digunakan model Proton X50 juga. Dari awal, ramai yang jangkakan model ini akan dinamakan S50 disebabkan hal ini, tetapi sekarang kita tahu itu tidak berlaku dan nama S70 yang digunakan sebaliknya. Di pasaran luar, Emgrand juga menggunakan enjin 1.5 liter NA dengan CVT — gandingan umum yang turut digunakan untuk pesaing segmen B seperti Vios dan City.
Tetapi Proton menawarkan kelebihan untuk S70 dengan enjin 1.5 liter turbo dengan kotak gear 7DCT sebagai ganti — ini bagaimanapun enjin yang sama dengan X50 Standard hingga Premium dengan janaan lebih rendah, bukan versi 1.5L TGDi untuk X50 Flagship dan X70 MC yang menjana 177 PS/255 Nm. Enjin ini menghasilkan 150 PS/226 Nm, kurang sebanyak 32 PS/14 Nm berbanding enjin Civic 1.5L VTEC Turbo.
Dari segi dimensi, Emgrand memiliki 4,638 mm panjang dan 1,822 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,650 mm. Ini adalah 58 mm lebih panjang dan 74 mm lebih lebar berbanding Honda City, dan jarak antara roda S70 juga 50 mm lebih panjang. S70 lebih panjang dan lebar berbanding Preve dan Inspira, dua model segmen C Proton sebelum ini.
Proton S70 didatangkan dalam empat varian — bermula dari Executive, Premium, Flagship dan Flagship X. Tiada varian Standard ditawarkan untuknya. Beza antara Flagship dan Flagship X pula hanyalah sunroof dan warna eksklusif Quartz Black. Untuk perincian lanjut tentang Proton S70, baca di sini.
The post Proton S70 sasar lawan sedan segmen B Jepun — Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera; Civic kedua appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip

