
Sejak 3 Disember 2023, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) telah pun memulakan kutipan tol di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang (dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur AKLEH menuju ke SPE) dan Plaza Tol Setiawangsa (arah Selatan dan Utara).
Bagi kenderaan Kelas 1 iaitu dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas), kadar bayaran tol ialah RM3.50. Manakala bagi Kelas 2 (dua gandar dan lima atau enam roda, tidak termasuk bas) dikenakan caj RM7, dan RM10.50 untuk Kelas 3 iaitu lori. Bagi Kelas 4 iaitu teksi, dikenakan caj sebanyak RM1.80 dan RM3.50 untuk Kelas 5 iaitu bas.
Pengendali SPE juga mengingatkan pengguna lebuhraya ini supaya memastikan baki kad Touch & Go serta RFID mencukupi.

Lebuhraya SPE dilancarkan pada 3 November lalu oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan diberikan tol percuma selama sebulan. SPE sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa-3 (DUKE Fasa-3) akan merentasi utara ke selatan Kuala Lumpur dan merupakan baki jajaran sepanjang 16.3 kilometer bermula dari Setiawangsa ke Kerinchi.
Melibatkan jajaran sepanjang 29.8 km, lebuhraya ini menghubungkan Taman Melati dan Klang Gates dari Lebuhraya MRR2 ke Kerinchi Link berhampiran Pantai dan Universiti Malaya. SPE juga diharap memberikan manfaat buat penduduk sekitar Gombak, Taman Melati, Genting Klang, Setiawangsa, Wangsa Maju, Ampang, Kampung Pandan, Bandar Malaysia, Kerinchi dan Pantai.
The post Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol mula dilaksanakan; RM3.50 untuk kereta persendirian appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip














