
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan bahawa laluan di susur Jalan Semantan menghala ke KL akan ditutup sepenuhnya mulai 22 Disember 2023 hingga 22 Januari 2024. Ia bertujuan untuk kelancaran kerja pembinaan jalan bertingkat fasa kedua di lokasi berkenaan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, DBKL berkata sebagai alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan 17 laluan lencongan yang disediakan seperti yang disenaraikan di bawah:
- Pengguna dari Jalan Kasah atau Petaling Jaya perlu melalui Jalan Setiapuspa dan melalui Lebuhraya Bertingkat untuk ke KL atau Jalan Dungun (Rujuk Lampiran 1 & 7).
- Pengguna dari Jalan Kasah atau Petaling Jaya perlu melalui Jalan Setiapuspa dan melalui Lebuhraya Bertingkat serta membuat pusingan U di hadapan Istana Negara untuk ke Jalan Damansara (Rujuk Lampiran 2).
- Pengguna dari Petaling Jaya perlu melalui Lebuhraya Bertingkat dan membuat pusingan U di hadapan Istana Negara untuk ke Jalan Damansara (Rujuk Lampiran 3).
- Pengguna dari Jalan Kasah untuk ke Petaling Jaya perlu membuat pusingan U di bawah susur Lebuhraya Bertingkat (Rujuk Lampiran 4).
- Pengguna dari Jalan Kasah atau Petaling Jaya perlu melalui Lebuhraya Bertingkat dan keluar susur kanan untuk ke Bangsar (Rujuk Lampiran 5).
- Pengguna dari KL untuk ke Jalan Kasah boleh melalui dua laluan. Pertama, boleh melalui susur Jalan Damanlela kemudian belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat ke Jalan Johar ke Jalan Beringin dan ke Jalan Setiajasa untuk ke Jalan Kasah. Pilihan kedua, pengguna dari KL boleh belok ke kiri ke Jalan Medang Tanduk, belok ke kiri ke Jalan Medang Serai ke Jalan Medang Tanduk, belok ke kiri ke Jalan Medang Serai dan belok ke kiri ke Jalan Maarof untuk ke Jalan Kasah (Rujuk Lampiran 6).
- Pengguna dari DC Mall perlu melalui melalui Jalan Damanlela dan belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat naik ke Lebuhraya Bertingkat untuk ke KL (Rujuk lampiran 8).
- Pengguna dari DC Mall perlu melalui melalui Jalan Damanlela dan belok ke kiri ke Jalan Damansuria untuk ke Petaling Jaya (Rujuk lampiran 9).
- Pengguna dari Jalan Beringin (Shell) perlu melalui Jalan Damansuria untuk ke Petaling Jaya (Rujuk Lampiran 10).
- Pengguna dari Jalan Beringin (Shell) perlu melalui Jalan Damanlela dan belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat dan mengambil susur ke persimpangan Maarof untuk ke Bangsar (Rujuk Lampiran 11).
- Pengguna dari Jalan Beringin (Shell) perlu melalui Jalan Damanlela dan belok ke kiri di persimpangan lampu isyarat lalu naik ke Lebuhraya Bertingkat untuk ke KL (Rujuk Lampiran 12).
- Pengguna dari Jalan Setiabudi atau Jalan Beringin perlu melalui Jalan Johar lalu naik ke Lebuhraya Bertingkat untuk ke KL (Rujuk Lampiran 13).
- Pengguna dari Jalan Setiabudi atau Jalan Beringin perlu melalui Jalan Johar dan belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk ke Petaling Jaya (Rujuk Lampiran 14).
- Pengguna dari Jalan Setiabudi atau Jalan Beringin perlu melalui Jalan Johar dan terus di persimpangan lampu isyarat untuk ke Bangsar (Rujuk Lampiran 15).
- Pengguna dari Jalan Setiabudi perlu ke Jalan Beringin dan membuat pusingan U di persimpangan untuk ke Pusat Bandar Damansara (Rujuk Lampiran 16).
- Pengguna dari Jalan Setiabudi perlu melalui Jalan Johar ke Lebuhraya Sprint dan membuat pusingan U di hadapan Istana Negara untuk ke Jalan Damansara (Rujuk Lampiran 17).
- Pengguna dari KL, Jalan Damansara atau i-Damansara boleh melalui susur ke Jalan Damanlela kemudian belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Johar untuk ke Jalan Setiabudi/Bukit Damansara (Rujuk Lampiran 18).
Pengguna jalan raya dinasikatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik. Sila pandu dengan lebih berhati-hati.
The post Susur Jalan Semantan hala KL ditutup dari 22 Dis 2023 selama sebulan untuk pembinaan jalan bertingkat appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip

















