
Sebagai pelopor bagi mobiliti mapan, Yinson GreenTech (YGT) bakal terlibat dan memeriahkan Malaysia Autoshow 2024 pada 22-26 Mei ini. Buat pertama kalinya, lima perniagaan yang bernaung di bawah YGT, iaitu driveEV, chargEV, rydeEV, digitalEV dan marinEV akan berpameran bersama dalam satu acara, dengan tema “Positively Charged – Energising the Electric Transition.”
Pameran yang menyeluruh ini akan memberi gambaran komprehensif terhadap penyelesaian EV di bawah jenama ini, baik di darat, laut dan juga ekosistem digital EV bagi kedua-dua pengguna dan perniagaan.
Dalam perjalanan ke ruang pameran, pengunjung boleh mencuba menaiki bas perantara autonomous yang dikendalikan oleh eMooVit, sebuah syarikat dengan pegangan majoriti oleh YGT, dari beberapa medan kereta terpilih untuk ke dewan pameran utama. Tiba di dewan, pengunjung boleh meneroka masa depan elektrifikasi di reruai YGT (Dewan A, Reruai A14) untuk mengetahui lebih lanjut penyelesaian untuk pengangkutan dan ekosistem logistik.
Berikut apa yang boleh anda jangkakan di pameran YGT, yang turut akan menbawakan pengelaman sebenar yang menyeluruh:
- driveEV: Pengunjung akan berpeluang mendekati kenderaan komersial dan penumpang elektrik terkini yang ditawarkan menerusi program pajakan drivEV.
- rydeEV: Pengunjung boleh memunggang uji motosikal elektrik RYDER dan HYPER, yang menawarkan kemudahan sistem penukaran bateri. YGT juga akan mempamerkan kabinet penukaran bateri rydeEV di reruai mereka dan menyediakan maklumat berkaitan rebat kerajaan sehingga RM2,400 yang diberikan untuk motosikal mesra alam tersebut.
- chargEV: Penyedia kemudahan penyelesaian pengecasan oleh YGT akan mempamerkan teknologi pengecasan canggih, menampilkan pengecas terkini Kempower dan Alpitronic. Selain itu, chargEV akan menawarkan kepada pengunjung peluang untuk ikut serta dalam kaji selidik ringkas. Sebagai imbalan kepada maklum balas tersebut, peserta akan menerima RM20 dalam bentuk kredit pengecasan yang boleh dituntut melalui aplikasi chargEV, yang boleh dimuat turun di reruai mereka.
- digitalEV: Perniagaan YGT ini akan menunjukkan kemampuan pembangunan perisiannya, yang mana alat digital dibangunkan untuk memudahkan operasi dan mempertingkat kecekapan perniagaan.
- marinEV: Pengunjung boleh mendapatkan bayangan masa depan dunia maritim mapan melalui prototaip daripada pemindah kru elektrik serta kapal kargo ringan marinEV.
Wakil YGT akan berada di sepanjang cara untuk berhubung dengan perniagaan yang sedang mencari amalan mapan untuk dilaksanakan. Wakil tersebut boleh membincangkan tentang pendekatan holistik terhdap peralihan armada kenderaan EV, pilihan pajakan yang ada, penyelesaian kemudahan pengecasan dan alat pengurusan digital.
Sertai YGT di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS pada 22-26 Mei, dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari untuk mengetahui lebih lanjut tentang mobiliti masa depan yang mesra alam.

The post Yinson GreenTech meriahkan Malaysia Autoshow 2024 appeared first on Paul Tan's Automotive News.
Commercials Cooperation Advertisements:
(1) IT Teacher IT Freelance

立刻註冊及報名電腦補習課程吧!
电子计算机 -教育 -IT 電腦班” ( IT電腦補習 ) 提供一個方便的电子计算机 教育平台, 為大家配對信息技术, 電腦 老師, IT freelance 和 programming expert. 讓大家方便地就能找到合適的電腦補習, 電腦班, 家教, 私人老師.
We are a education and information platform which you can find a IT private tutorial teacher or freelance.
Also we provide different information about information technology, Computer, programming, mobile, Android, apple, game, movie, anime, animation…
(2) ITSec
www.ITSeceu.uk
Secure Your Computers from Cyber Threats and mitigate risks with professional services to defend Hackers.
ITSec provide IT Security and Compliance Services, including IT Compliance Services, Risk Assessment, IT Audit, Security Assessment and Audit, ISO 27001 Consulting and Certification, GDPR Compliance Services, Privacy Impact Assessment (PIA), Penetration test, Ethical Hacking, Vulnerabilities scan, IT Consulting, Data Privacy Consulting, Data Protection Services, Information Security Consulting, Cyber Security Consulting, Network Security Audit, Security Awareness Training.
Contact us right away.
Email (Prefer using email to contact us):
SalesExecutive@ITSec.vip